Wednesday, May 20, 2009

UPDATE ABOUT AZAM AKA SILVER KENARI

Azam wrote ...

Iye.. Betul le tu.. Saya yang berbaju putih, jadi tekong, takut lembu lari. Gambar di ambil sewaktu majlis korban hari raya aidil adha di Bukit Indah, Bandar Nusajaya.

Kami semua penghuni bilik 310 blok 12. Betul le tu.. Akhir 1988 - saya sambung belajar di Lamar University, Beaumont- ambil dalam computer science, minor dalam elektrikal engineering. 

Balik malaysia pada akhir 1990. Tahun 1991- bekerja di kenwood electronics engineering sebagai engineer. Tahun 1996 - pula di total project management (anak syarikat johor sedc) sebagai sistem analyst. Tahun 1999 - pula di johor corporation sebagai system analyst juga. Tahun 2005 pula di sovereign multimedia (anak syarikat johor corporation) sebagai network engineer.. sampai la nie..

Budak2x tiec yang saya jumpa last week- si rohmat. Maasom ada saya jumpa dalam bulan lepas.
Budak2x lain macam urin, alan, mus & bob - last sekali jumpa masa kat elpaso texas rasanya pada musim summer 1989. Sewaktu nikah si zuraini (nota: betullah tu .. kami panggil dia ZACK, terror buat mee bandung) (iye ke namanya? Si helmi saya pernah jumpa pada tahun 1991/1992 di langkawi - menguruskan perniagaannya. manakala hayazi dan ucop tu dah tak pernah jumpa sejak 1988. Peh dah 21 tahun dah..

Keadaan sekarang dah berbeza - perut dah boroi, rambut dah jarang, uban pun dah ada.. hahaha.... 

0 comments:

Post a Comment